Kenali Jutawan Hartanah Malaysia! - Tuan Bri

Saya bukan seorang yang pakar dalam pelaburan hartanah.Justeru, saya tidak pernah buat duit yang lumayan daripada hartanah ini. Sebab itu blog saya ini hanya fokus kepada bidang affiliate saja. Bagaimanapun, hari ini saya ingin perkenalkan kepada anda seorang jutawan hartanah Malaysia iaitu Tuan Bri.

Tuan Bri merupakan Perunding Hartanah Lelong dan Sekunder. Pengasas Kelab Hartawan Hartanah. Perunding Pembiayaan Hartanah. Pelabur Hartanah Tegar.

Beliau banyak membantu orang ramai yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan hartanah dengan mengadakan seminar dan juga bengkel untuk mengajar pelajarnya dalam perniagaan yang berkonsepkan pelaburan hartanah.


Antara seminar beliau yang popular adalah seperti berikut:

1- Seminar Hartanah











Seminar beliau ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang Malaysia 
dan daripada seminar ini juga beliau telah berjaya melahirkan usahawan hartanah daripada pelbagai lapisan masyarakat.
(klik gambar untuk paparan besar)
(klik gambar untuk paparan besar)
2- Strategi Pelabur Underground

Dalam seminar Pelabur Underground ini, terdapat 5 pakar usawahan yang akan menjadi speaker.Jom lihat pakar-pakar yang terlibat dalam seminar Pelabur underground ini. (gambar)

(klik gambar untuk paparan besar)

Di dalam seminar ini Tuan Bri telah bergabung dengan beberapa pakar usahawan internet Malaysia seperti saudara Zaidi, saudara Ikram Adi, Saudara Raja Kamil (Rk) dan Saudara Wafi. Daripada mereka ini seorang saja yang saya sangat kenal iaitu Tuan Raja Kamil atau yang saya selalu panggil adalah Rk (Raja Kamil). beliau ini merupakan seorang yang pakar dalam  perniagaan internet terutama dalam bidang AFFILIATE untuk pasaran tempatan dan global. buat masa ni, Rk sedang berada di UK (United Kingdom) bukan Ulu Klang ye~.. :) untuk bercuti dan berguru dengan otai 'make money' di UK.
Seminar ini bukan saja melibatkan pelaburan hartanah, malah ianya melibatkan pelaburan perniagaan internet dan juga silver.

Ok,,Itu saja buat kali ini, akan datang saya akan bercerita pula mengenai Rk (Raja Kamil) bagaimana beliau menjana pendapatan hampir RM100K hanya di internet dengan menggunakan teknik 'email marketing'. Seperti biasa, masih lagi dalam bidang affiliate.


Tip untuk Newbie Affiliate - Nasihat saya untuk anda

1 comments



Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan. tip ini sangat penting untuk menjadi guide anda apabila pertama kali anda memasuki dunia affiliate. jom baca sekarang!

1. Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

2. Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

3. Jangan langkaui proses pembelajaran.


Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

4. Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

5. Bersabar untuk berjaya. 

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

6. Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

7. Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

8. Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

ok, setakat ini celoteh saya pada malam ni. Harap anda telan semua tip ni dan jadikan guide untuk anda pada masa akan datang. Ops, sebelum saya terlupa saya ada sesuatu yang nak beritahu kepada anda.

1. Dalam masa terdekat ini saya akan share satu interview bersama usahawan internet affiliate tersohor di Malaysia yang bernama Rahman Basri. 

beliau merupakan usahawan yang sangat dikahumi usahawan internet yang lain kerana kehebatan beliau dalam mempromosikan produk "make money" dan juga sentiasa mendapat carta TOP ONE dalam pertandingan affiliate di Malaysia. harap anda tunggu untuk artikel akan datang mengenai orang hebat ini ya. :)

Salam hormat.