Up-selling dan Down-selling

30 comments

Up-selling dan Down-selling

Secara ringkasnya, penjualan beretika bermaksud menjual dengan prinsip yang betul. Anda menjual dengan cara yang tiada siapa rasa rugi. Walaupun pelanggan membayar anda, pastikan bahawa mereka tidak membayar lebih dari nilai produk anda. Anda tidak mengenakan harga yang berlebihan. Anda hantar apa yang mereka harapkan. Jika anda memupuk semua prinsip ini, anda adalah penjual beretika.

Tetapi anda perlu mempromosikan produk anda, bukan? Menjual secara terang-terangan tidak baik untuk anda, tetapi terdapat beberapa cara menjual yang lembut yang  mana anda boleh promosikan produk dan tidak seolah-olah terlalu mendesak juga. Konsep penting yang pertama yang datang ke fikiran ialah produk up-selling dan down-selling. Mari kita lihat apakah maksud kedua-dua itu. Kedua-duanya jatuh ke dalam istilah penjualan beretika.

Up-selling

Up-selling ialah apabila anda pergi membeli produk dan penjual memberitahu anda untuk memilih upgrade atau pilih produk tambahan yang mungkin melengkapkan apa yang anda telah beli. Seperti, jika sesorang membeli aplikasi perisian, anda boleh tanya  mereka kalau-kalau hendak muat turun juga eBook yang mana merupakan tutorial bagaimana menggunakan produk itu.

Sekarang, mengapakah ia adalah penjualan beretika? Tentulah, kerana orang yang telah membeli perisian itu mungkin benar-banar keliru tentang menggunakannya atau mungkin tidak dapat menyedari potensi penuhnya, eBook itu mungkin benar-benar berguna kepada pelanggan. Anda boleh gunakan situasi ini kepada senario lain dan lihat. Di panggung wayang, apabila anda memilih bertih jagung, mereka tanya anda untuk beli Coke pada harga diskaun. Inilah up-selling dan ia memang berkesan. Anda mungkin membeli Coke itu pada kemudian waktu tetapi harganya lebih tinggi.

Apabila anda melakukan up-sell kepada pelanggan, pastikan bahawa anda up-sell sesuatu yang meningkatkan nilai barang yang mereka telah beli. Ini mengekalkannya di dalam bidang penjualan beretika.

Down-selling

Down-selling adalah cuba menjual sesuatu kepada seseorang yang hampir beredar keluar. Ini terjadi dalam dunia fizikal. Anda mula keluar daripada kedai dan pekedai beritahu anda yang dia akan mengurangkan harga. Dalam dunia Internet, semasa anda cuba beredar dari laman-laman web tertentu, satu popup tiba-tiba muncul yang memberitahu anda mereka bersedia memberikan produk itu kepada anda pada harga yang kurang.

Sukar bercakap tentang down-selling dengan gaya beretika yang sama yang kita guna untuk up-selling. Tetapi ia boleh jadi beretika juga. Orang yang tidak teragak-agak mungkin dapatkan produk itu untuk harga yang kurang yang mana mereka boleh kembali semula kemudian untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Juga, jika orang itu tidak jelas tentang produk tersebut, mereka mungkin terlepas sesuatu yang sebenarnya berguna kepada mereka. Down-selling memastikan bahawa mereka membeli produk itu yang akan memberi sedikit nilai kepada mereka.

Terima kasih kerana membaca :)


Case Study Buat Duit Mudah Dengan Program Affiliate!

64 comments
Bismillahirahmanirahim...

Assalamua'alaikum dan salam hormat U olz.. ^_^ Sudah beberapa hari saya tidak update blog ni dan maafkan kiranya ada yang pm / email saya lambat balas ya..

Ok, hari ini saya ada hadiah yang agak special kepada anda iaitu case study jana pendapatan dengan program affiliate. Case study ini dibawakan khas oleh sahabat saya iaitu Raja Kamil dari RajaKamil.Biz mengenai bagaimana anda boleh jana pendapatan dengan program affiliate.

Jika anda masih masih baru dalam industri ini, anda boleh baca post saya terdahulu mengenai asas affiliate saya beri percuma saja info ini. Ok, tanpa membuang masa sila tonton video yang saya sediakan dibawah..





RM15,000 sebulan dengan Bisnes Printing?

Assalamualaikum semua,, ^_^ Sudah beberapa hari saya tidak update blog saya ini.. penat dengan urusan belajar almaklum la student universiti lagi. Hari ni saya excited sangat,,hehe.. nak tahu kenapa? Cer teka beb :)

Sebenarnya sahabat saya...saudara Haszoor Muaidi, seorang yang pakar dalam perniagaan percetakan...atau lebih mudah kita panggil BISNES PRINTING...

Beliau telah lancarkan 1 PRODUK HOT...panduan bagaimana memulakan bisnes printing hanya dari rumah! Ya, dari rumah sahaja!

TANPA Beli Mesin!
TANPA Pekerja!
TANPA Kilang atau Pejabat!

Paling best...TANPA Modal beribu ringgit!

Nak tahu bagaimana?
Download SEKARANG ---> >> PakarBisnesPrinting.com <<
Ianya PERCUMA!

Ikhlas & Benar,

fadzil kamaruddin

Surat Berhenti Kerja

Artikel Mengenai Surat Berhenti Kerja

Proses meletakkan jawatan merupakan titik tolak anda akan menerima gaji terakhir anda. Apabila anda sudah berhasrat untuk berhenti daripada tempat anda bekerja anda memerlukan surat berhenti kerjas untuk diberi kepada majikan anda kelak bagi memberitahu kepada majikan bahawa anda ingin keluar daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, hari ini saya akan berikan kepada anda satu contoh surat berhenti kerja beserta >> Kajian Format Tulisan!! << sebagai rujukan ketika anda menulis surat berhenti kerja anda nanti.


Sila baca sampai habis. Insya-Allah perkongsian saya ini akan membantu serba sedikit kepada anda untuk menulis surat berhenti kerja anda. jangan terima kasih sekarang, terima kasih lepas anda mendapat hasilnya. ^_^

























Seperti yang anda ketahui, surat berhenti kerja menggunakan tulisan rasmi yang mana anda perlu mengikuti struktur format tersebut ketika anda menulis surat berhenti kerja anda kelak. Ini kerana ianya sangat penting bagi memudahkan proses penerimaan surat berhenti kerja anda nanti. Sila lihat contoh surat berhenti kerja dibawah.


Contoh Surat berhenti Kerja

Contoh surat berhenti kerja bermula



Siti Norhayati Bte. Jamalan

No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,

Bukit Serampang,

85210 Jementah, Ledang,

Johor Darul Takzim.

_____________________________________________________________________________________

Tuan Hj. Khalil Bin Jali

Sek. SRI Seremban

Jalan Dato’ Kelana Maamor,

70200, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.                                                                              27 JANUARI 2012


Tuan,


Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban


Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _______(tarikh).


Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.


Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..

(Siti Norhayati Bte. Jamalan)

----------------------------------------

Contoh surat berhenti kerja tamat


Jika anda lihat contoh surat berhenti kerja yang saya berikan, ianya simple dan 'straight to the point' dan tidak panjang dan penuh dengan mendayu-dayu.hehe gurau saje.. Ok, mari kaji sikit penulisan surat berhenti kerja ini.


1- Alamat penulis surat berhenti kerja didahului (kedudukan atas) dan diikuti alamat penerima surat iaitu majikan penulis surat.


2- Di antara kedua-dua alamat ini dipisahkan dengan satu garisan lurus.


3- Kedudukan tarikh adalah di sebelah kanan dan selari dengan  alamat majikan.


4- Tajuk menggunakan huruf besar pada awalan ayat.


5- Pada 'body'  pertama, penulis memberitahu tujuan surat berhenti kerja tersebut diserahkan kepada majikannya. Ini bagi tujuan menyokong tajuk pada surat berhenti kerja tersebut.


6- Pada 'body'  yang kedua pula penulis surat tersebut memberitahu sebab-sebab kenapa dia mahu berhenti kerja di syarikat tersebut.


7- Pada 'body'  ke-3 pula penulis surat tersebut meluahkan rasa terima kasih beliau terhadap syarikat tersebut atas jasa majikannya kepada penulis


8- Diakhir surat tersebut penulis sediakan ruangan tanda tangan dan nama penulis tersebut.


Alhamdulillah,, saya harap anda dapat serba sedikit input daripada artkel surat berhenti kerja ini dan saya mendoakan anda berjaya dalam kerjaya baru anda kelak. ^_^


kenali penulis di facebook beliau