Asas Affiliate


Apa Itu Program Affiliate?


Pada kali ini, kita kembali kepada asas. Tanpa menguasai asas, amat sukar untuk berjaya meraih hasil yang memuaskan. Maka sebab itulah ramai yang “kecundang” gara-gara melakukan teknik yang ‘advance’, tapi yang asas dipinggirkan.
Cara saya dalam perniagaan amat mudah iaitu “keep it simple”. Setelah menguasai yang asas, maka kita akan tahu apa yang perlu dibuat, malah daripada yang asas itu pun kita akan mendapat pelbagai idea yang kreatif.
Saya dapati kebanyakan orang yang tidak ke mana hasil usahanya adalah kerana perkara yang mudah dikomplekskan. Yang asas atau yang mudah, diletakkan pelbagai syarat sebelum melakukannya. Permudahkanlah sesuatu dan kita akan senang melakukannya tanpa sebarang halangan yang terlampau banyak.
Apa Itu Program Affiliate?
Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.
AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN
Sedikit istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.
Contoh link affiliate adalah seperti berikut:
http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=idname
Bahagian akhir yang saya warnakan dengan warna merah iaitu ref=smartzuladalah ID pengenalan diri kita agar Sistem Affiliate dapat mengenalpasti sebarang aktiviti yang berlaku melalui promosi seperti jumlah klik pada link dan juga jumlah jualan yang telah berjaya dilakukan.
Tanpa ID ini, maka sistem akan gagal untuk mengesan dan merekod sebarang data untuk anda. Jadi pastikan link affiliate yang anda gunakan adalah betul. Setiap link affiliate adalah unik di mana setiap orang mempunyai ID yang berbeza. Contohnya:
Ali: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=ali
Ahmad: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=ahmad
Abu: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=abu
Ali, Ahmad dan Abu mempunyai link affiliate masing-masing. Jadi, barulah sistem affiliate dapat mengesan siapakah ‘punca’ yang telah menghasilkan jualan yang berlaku. Jika produk itu dibeli melalui link Abu, maka Abu lah yang berhak mendapat komisen tersebut. Begitulah sebaliknya…
Bagaimana Sistem Affiliate Berfungsi?
Aliran asasnya adalah begini:
Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen
Penerangan:
Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.
Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut.
Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai.
Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut.
Contoh Paparan Pada Akaun Affiliate
Contoh jumlah komisen yang dihasilkan:
sales 
Contoh jumlah klik pada link affiliate:
click
Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Link Affiliate?
Daftarkan diri anda pada mana-mana program affiliate. Untuk sertai program affiliate, satu cara yang amat mudah adalah anda ke forum WangCyber.com dan di sana ada banyak pengumuman mengenai program affiliate terkini.
Salah satu program affiliate milik saya adalah Program Affiliate Kuasa Forum:
Dan ada boleh membaca sedikit syarat-syarat asas program:
Daftarlah diri anda di sana dan sebaik sahaja login masuk, anda akan dipaparkan dengan link affiliate unik khas untuk anda seperti berikut:
 link-affiliate
Setelah mendapat link tersebut, promosikanlah dengan cara yang berkesan. Cara promosi ada banyak. Anda boleh dapatkan mana-mana panduan cara promosi. Sedikit nota di sini, mempromosikan produk orang lain ada sedikit perbezaan teknik berbanding dengan menjual produk sendiri.
Antara cara yang terbukti berkesan adalah dengan menawarkan bonus jika ada orang membeli melalui link affiliate anda dan juga melakukan ulasan yang jujur terhadap produk tersebut. Kedua-dua teknik ini diguna-pakai secara meluas oleh kebanyakan Affiliate Marketer.
Mungkin kita boleh berbincang lebih lanjut teknik promosi produk affiliate ini pada artikel yang akan datang. Atau anda boleh merujuk mana-mana artikel yang telah saya tulis sebelum ini terutama yang ini:
Pembayaran Komisen
Bayaran komisen bergantung kepada syarat Pengurus Program Affiliate. Biasanya ia dibayar sekali sebulan tanpa sebarang jumlah minima. Lain-lain syarat tambahan bergantung kepada mereka.
Penting: Pastikan anda menyertai program affiliate yang dipercayai dan masih aktif.
Kesimpulan
Penerangan yang saya lakukan ini sudah teramat asas. Namun saya rasakan ia pun sudah cukup memeningkan bagi mereka yang amat-amat baru dalam model perniagaan internet ini. Tip saya, baca berulang-ulang kali dan tanya jika tidak faham.
Kebanyakan panduan hanya menceritakan bagaimana melakukan promosi atau teknik yang keterhadapan, tetapi tidak menghurai secara jelas apa itu program affiliate secara mendasar. Padahal ia adalah lebih penting terutama untuk orang-orang yang baru ingin menjana pendapatan dengan program affiliate.
Mengetahui strategi adalah tidak mencukupi jika di dalam fikiran masih lagi tertanya-tanya “apakah yang aku lakukan ini?”. Keadaan ini akan menyebabkan kita tidak mempunyai tapak yang kukuh untuk terus melakukan model perniagaan yang amat menguntungkan ini. Jadi, bina tapak yang kukuh dahulu sebelum terus ke hadapan.
Pada artikel yang akan datang, kita akan berbincang pula mengenai bagaimana cara mempromosikan produk affiliate, teknik/strategi yang berkesan dan perkara-perkara yang lebih teknikal.
Sekian. Majulah program affiliate untuk negara. :lol:

Tawaran: Dapatkan DVD kursus affiliate di http://rkurl.com/proaffiliate  hari ini untuk mempelajari teknik affiliate secara pakar.

sumber: SmartZul

1 comments:

faizal mohamad twon tawi said...

terbaik

Post a Comment