Strategi Penting Bagi Setiap Penjual Berminda Jutawan

30 comments
Hai semua,, kali ni aku ada ilmu yang sangat penting untuk kongsikan kepada kalian. Berminat?

Anda WAJIB baca ilmu penting ini jika..

1- Anda ada buat bisnes part time.
2- Anda  berminat nak belajar asas penting dalam bisnes.
3-  Anda  baru bermula nak berniaga samada online atau offline.


Tak kira la apa produk yang anda jual samada jual teddy bear ke,, produk kecantikan, atau produk kuruskan badan. Anda mesti baca strategi yang aku kongsikan ni. Sebab dengan strategi ni saja dah boleh lonjakkan jualan produk  anda. Jom teruskan bacaan.


Seperti yang  anda tahu, kebanyakan anak muda tak kira bujang, dah kahwin atau mungkin dah beranak pinak.. Ramai golongan ni yang buat bisnes part time dengan menjual pelbagai produk di facebook, blog, instagram dan macam2 channel lagi.



So, hari ni aku nak kongsikan sedikit satu STRATERGY Berkesan yang telah aku dan beberapa pemasar internet lakukan banyak kali dalam menjual apa sahaja produk menerusi medium internet.


Strateginya adalah "event discount". 



Ya, memang lumrah emosi manusia. Kita suka beli sesuatu pada harga diskaun.


Jika produk itu harga RM50, kita lebih teruja untuk bagi duit kepada jurujual atau pemilik bisnes, apabila diberikan diskaun sebanyak 10%, 30% dan seterusnya.


Cara untuk praktikkan strategi ini tanpa merosakkan nilai bisnes kita adalah menerusi "event diskaun".



… Iaitu memberikan diskaun berdasarkan pada waktu atau acara tertentu:

1) Diskaun 30% untuk hari Isnin (Tema diskaun: Monday Blues).

2) Diskaun 10% untuk hari Sabtu (Tema diskaun: Saturday Night Fever).

3) Diskaun 30% untuk diskaun malam Jumaat?


Penting untuk kita mempunyai tema diskaun supaya kelihatan unik dan melekat ke dalam minda pelanggan.



Untuk stratergi event discount ini, anda boleh gunakan ketika followup bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada anda. Dibawah saya berikan satu skrip untuk anda gunakan sebagai followup kepada pelanggan anda dengan menggunakan event discount ini.



Contoh skrip:

"RM0.00, Diskaun monday blues terhad untuk hari ini sahaja. Sila reply R30 dan anda akan mendapat penjimatan sebanyak 30% untuk produk<letak nama produk> ini. Tawaran ini terhad hingga 11.59 malam ini sahaja. Sms R30 sekarang untuk penjimatan 30%."


Kajian menjelaskan, perkataan seperti 'diskaun', 'jimat' dan sewaktu dengannya mampu mempengaruhi manusia untuk keluarkan duit daripada poket mereka.



Suka TIPS yang aku bagi ni...?




Nah, ada 5 video lagi untuk tambahkan ilmu pemasaran anda. 


Kalau  anda rasa perkongsian aku tentang Event Discount tadi bermanfaat untuk anda, anda perlu dapatkan video "rahsia Kejayaan Perniagaan Internet" yang akan dikongsikan oleh mentor aku ni. Nama beliau Rahman Basri a.k.a RB dan aku kenal beliau sebagai orang yang sangat mahir dalam pemasaran email.


Ok, apa yang anda akan belajar daripada video ini?


1) Rahsia bisnes: Bagaimana orang yang tiada bisnes boleh ada bisnes dan lonjakkan jualan
    hingga 200% peratus

2) Senjata rahsia yang sering diamalkan oleh golongan elite marketer dan bagaimana anda juga
     boleh lakukan supaya dapat lonjakkan peratus jualan.

3) 1 tools atau sistem yang bantu jana 5 angka kurang daripada seminggu. Wajib ada tools ni.


Bayaran untuk video ini... 
     
                       100% percuma. Tiada bayaran diperlukan.

---> Klik sini untuk tonton video





Lima sebab kenapa pelajar kolej sesuai menjadi seorang affiliate bagi menjana pendapatan tambahan.

13 comments


Jika anda seorang pelajar, anda pasti tahu bahawa kehidupan seorang pelajar adalah sangat menggembirakan. Berkawan, berhibur dengan rakan –rakan, bersukan, mendaki gunung, belajar bersama –sama dan berbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan adalah rutin harian bagi anda. Di sebalik kegembiraan anda sebagai pelajar, saya pasti kehidupan pelajar biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu masalah kewangan.

Anda di kalangan pelajar memerlukan wang untuk keperluan atau kegembiraan diri sendiri. Jadi, mereka melakukan kerja part time untuk memperoleh wang tambahan. Namun, masalah timbul selepas itu. Mereka terlalu sibuk bekerja sehingga lupa untuk belajar. Badan mereka juga menjadi penat dan selalu kepenatan ketika belajar di kelas.

Untuk mengatasi perkara ini, saya perkenalkan anda pada perniagaan affiliate. Perniagaan affiliate adalah sangat seronok dan lumayan. Pekerjaan sebagai affiliate tidak akan menjadikan badan anda penat dan untuk menjalankannya, anda hanya perlu ada internet dan komputer.

Berikut adalah lima sebab kenapa anda sebagai pelajar kolej sesuai menjadi seorang affiliate.

Market perniagaan online adalah tersangat besar.

Perniagaan affiliate sesuai untuk semua orang. Semua orang boleh bergelar sebagai affiliate. Semua orang juga boleh menjana pendapatan menerusi affiliate di sebabkan pasaran yang tersangat luas. Ini kerana pasaran melibatkan seluruh dunia. Semua orang sanggup mengeluarkan wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadi, anda boleh jadi kaya dengan affiliate walaupun ramai orang menjadi affiliate kerana ia tidak akan tepu.

Anda boleh bekerja mengikut masa anda sendiri.

Sebagai pelajar, masa adalah kritikal bagi anda. Sebagai affiliate pula, anda bebas untuk bekerja pada masa bila dan di mana sahaja yang anda mahu. Anda bebas hendak bekerja sejam sehari atau hanya pada hujung minggu. Tiada paksaan bagi anda kerana sebagai affilaite anda adalah pekerja dan bos.

Jadi, anda boleh belajar bersungguh – sungguh dan melakukan pekerjaan sebagai affiliate pada masa lapang atau jika anda terdesak hendak wang, anda boleh peruntukkan masa sejam dua setiap hari bagi menguruskan perniagaan affiliate.

Tidak memerlukan modal.

Perniagaan affiliate tidak memerlukan modal. Ia sesuai untuk anda sebagai pelajar yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk di laburkan dalam perniagaan.

Anda tidak perlu ada produk sendiri.

Nikmat sebagai affilaite adalah anda tidak perlu ada produk sendiri untuk jana wang. Anda boleh fokus pada tugas anda sebagai affilaite dan jana wang menerusinya.

Terdapat banyak maklumat percuma di internet.

Untuk permulaan, anda mungkin tiada wang untuk membeli ebook yang mahal dan sebagainya. Jadi, anda boleh memulakan perniagaan affiliate anda menerusi pelajaran percuma yang anda peroleh di internet. 

terima kasih kerana membaca :) 













Menjana Pendapatan Dengan eBook

2 comments



Ebook ialah buku elektronik. Ia adalah buku yang dicipta oleh computer dan dibuat tersedia melalui muat turun online. Ia cara yang sangat mudah memperoleh maklumat untuk orang yang mahukannya. Jika orang mahukannya, mereka cuma perlu klik butang muat turun. Itulah sebab kebanyakan jualan eBook di Internet berlaku hanya mengikut naluri. Orang tidak membuat apa-apa keputusan aktif untuk membeli eBook – mereka sekadar menjumpainya, menyukainya dan muat turunnya. Dan oleh kerana anda akan buat eBook tentang subjek yang menarik minat anda, terdapat banyak peluang orang membelinya daripada laman web atau blog anda.

Jadi bagaimana cara anda menulis eBook?

Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin cakapkan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.

Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.

Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
®    Tip dan petua
®    Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®    Pengalaman dan kisah peribadi
®    Penulisan yang bermotivasi
®    Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®    Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat

Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.

Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.

Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-
®    Gunakan font yang bagus
®    Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®    Gunakan bahasa mudah
Biarkan idea anda mengalir dengan teratur.