Menjana Pendapatan Dengan eBook




Ebook ialah buku elektronik. Ia adalah buku yang dicipta oleh computer dan dibuat tersedia melalui muat turun online. Ia cara yang sangat mudah memperoleh maklumat untuk orang yang mahukannya. Jika orang mahukannya, mereka cuma perlu klik butang muat turun. Itulah sebab kebanyakan jualan eBook di Internet berlaku hanya mengikut naluri. Orang tidak membuat apa-apa keputusan aktif untuk membeli eBook – mereka sekadar menjumpainya, menyukainya dan muat turunnya. Dan oleh kerana anda akan buat eBook tentang subjek yang menarik minat anda, terdapat banyak peluang orang membelinya daripada laman web atau blog anda.

Jadi bagaimana cara anda menulis eBook?

Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin cakapkan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.

Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.

Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
®    Tip dan petua
®    Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®    Pengalaman dan kisah peribadi
®    Penulisan yang bermotivasi
®    Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®    Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat

Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.

Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.

Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-
®    Gunakan font yang bagus
®    Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®    Gunakan bahasa mudah
Biarkan idea anda mengalir dengan teratur.     

2 comments:

SANTRI TULEN said...

Artikel kamu bagus dan sangat menarik klau tidak keberatan meri tukar link dengan aku sekalin mempromosikan blog kamu di negri sebrang...
klik santri tulen sebagi pelayatan kamu

computer networking a top down approach 6th edition said...

Terima kasih info nih..

Post a Comment