Surat Berhenti Kerja

Artikel Mengenai Surat Berhenti Kerja

Proses meletakkan jawatan merupakan titik tolak anda akan menerima gaji terakhir anda. Apabila anda sudah berhasrat untuk berhenti daripada tempat anda bekerja anda memerlukan surat berhenti kerjas untuk diberi kepada majikan anda kelak bagi memberitahu kepada majikan bahawa anda ingin keluar daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, hari ini saya akan berikan kepada anda satu contoh surat berhenti kerja beserta >> Kajian Format Tulisan!! << sebagai rujukan ketika anda menulis surat berhenti kerja anda nanti.


Sila baca sampai habis. Insya-Allah perkongsian saya ini akan membantu serba sedikit kepada anda untuk menulis surat berhenti kerja anda. jangan terima kasih sekarang, terima kasih lepas anda mendapat hasilnya. ^_^

























Seperti yang anda ketahui, surat berhenti kerja menggunakan tulisan rasmi yang mana anda perlu mengikuti struktur format tersebut ketika anda menulis surat berhenti kerja anda kelak. Ini kerana ianya sangat penting bagi memudahkan proses penerimaan surat berhenti kerja anda nanti. Sila lihat contoh surat berhenti kerja dibawah.


Contoh Surat berhenti Kerja

Contoh surat berhenti kerja bermula



Siti Norhayati Bte. Jamalan

No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,

Bukit Serampang,

85210 Jementah, Ledang,

Johor Darul Takzim.

_____________________________________________________________________________________

Tuan Hj. Khalil Bin Jali

Sek. SRI Seremban

Jalan Dato’ Kelana Maamor,

70200, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.                                                                              27 JANUARI 2012


Tuan,


Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban


Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _______(tarikh).


Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.


Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..

(Siti Norhayati Bte. Jamalan)

----------------------------------------

Contoh surat berhenti kerja tamat


Jika anda lihat contoh surat berhenti kerja yang saya berikan, ianya simple dan 'straight to the point' dan tidak panjang dan penuh dengan mendayu-dayu.hehe gurau saje.. Ok, mari kaji sikit penulisan surat berhenti kerja ini.


1- Alamat penulis surat berhenti kerja didahului (kedudukan atas) dan diikuti alamat penerima surat iaitu majikan penulis surat.


2- Di antara kedua-dua alamat ini dipisahkan dengan satu garisan lurus.


3- Kedudukan tarikh adalah di sebelah kanan dan selari dengan  alamat majikan.


4- Tajuk menggunakan huruf besar pada awalan ayat.


5- Pada 'body'  pertama, penulis memberitahu tujuan surat berhenti kerja tersebut diserahkan kepada majikannya. Ini bagi tujuan menyokong tajuk pada surat berhenti kerja tersebut.


6- Pada 'body'  yang kedua pula penulis surat tersebut memberitahu sebab-sebab kenapa dia mahu berhenti kerja di syarikat tersebut.


7- Pada 'body'  ke-3 pula penulis surat tersebut meluahkan rasa terima kasih beliau terhadap syarikat tersebut atas jasa majikannya kepada penulis


8- Diakhir surat tersebut penulis sediakan ruangan tanda tangan dan nama penulis tersebut.


Alhamdulillah,, saya harap anda dapat serba sedikit input daripada artkel surat berhenti kerja ini dan saya mendoakan anda berjaya dalam kerjaya baru anda kelak. ^_^


kenali penulis di facebook beliau