Pakar Rahsia Tshirt Buat Aku Bengang!!!

70 comments






















Hari ni hati aku terasa memang bengang, bengang dengan satu keluaran Ebook hasil karya Haszoor Muaidi. Bro ni dah bongkar satu benda yang dulu ni rahsia untuk semua para Usahawan Tshirt, tapi dengan slamber badak je dia bocorkan semua.
Habislah Usahawan Tshirt lain, kalo lubuk2 diorang da kena korek. So, monopoli kat seseorang usahawan tshirt semua kantoi suda. Dengar2 ramai gak orang tak puas hati ngan Haszoor ni… bukan setakat usahawan tshirt je,, habis tokey-tokey tshirt mengeluh dgan keluaran ebook haszoor ni. Makan sorang, simpan sorang la, tu kata diorang.
Ni lak adalah teknik yang buat aku ngan usahawan tshirt bengang dengan dia. Kitorang dulu amik bertahun2 nak mahirkan diri dalam bisnes tshirt ni, Tapi ngan produk Haszoor Muaidi ni, budak2 baru belajar bisnes tshirt sebulan pun da boleh kaut untung. Ini mana boleh jadi, patut kena la rasa apa yang kami rasa rugi untung dulu..
Antara sebab ramai para usahawan tshirt tak puas hati dengan Haszoor adalah pasal tajuk2 dalam produk dia ni :-
  • Jadi broker/agen/orang tengah
  • start bisnes tshirt tanpa modal sendiri
  • Rahsia lubuk pembekal tshirt ~hot giler~
  • Teknik pemasaran tshirt
  • Asas mudah dalam bisnes tshirt 
  • Teknik mudah untung hingga 100% dengan bisnes tshirt  ~hot giler~
Haa, semua ni kena amik masa bertahun tau nak merasa. Tapi kitorang tak kesah pun, yang bezakan kitorang ngan budak2 baru adalah kitorang ni banyak pengalaman, diorang tak banyak.. hehehe….
Ceh, ingat... pengalaman kitorang adalah advantage kitorang, tapi yang buat kitorang terduduk adalah DIA BOCORKAN TERUS  RAHSIA LUBUK PEMBEKAL TSHIRT.. Kami ni sampai berurat bijik mata menahan ngantuk cari lubuk pembekal,,, dia dengan selamber land je terus list kan semua.. Arghhjjj… Kopak Kopak….
Tapi, sekarang ni Haszoor beri ebook ni percuma saja dengan kuota yang sangat terhad. kalo korang berjaya ke website bawah ni dan berjaya masukkan nama dan email korang kiranya korang sangat bertuahlah dapat download ebook bisnes tshirt tersebut secara percuma.

Klik link kat bawah ni untuk dapatkan ebook tersebut secara percuma...itu pun kalo korang sempat.

disclaimer: Ebook ni adalah versi percuma.. kalo korang nak versi berbayar korang kena roger2 si Haszoor Muaidi ni ekh. Orang tua-tua kata, jangan terburu-buru... dapatkan versi percuma dulu pastu kalo suka baru korang decide sendiri untuk beli versi berbayar

Update: Tawaran PERCUMA ebook bisnes tshirt akan semakin berkurangan.. Dapatkan versi percuma ini sebelum terlambat

dapatkan disini -->PakarBisnesTshirt.com

5 perkara yang boleh meningkatkan pendapatan affiliate

0 comments

Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh menjana pendapatan menerusi affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi pemasaran affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi tidak semua orang berani menjadi jutawan.

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan affiliate dalam sekelip mata.

Memilih niche yang menguntungkan diri anda.

Kebanyakan dari affiliate kecundang di sebabkan mereka tidak memilih niche yang betul. Ada dua situasi di sini, sama ada mereka memilih niche yang kurang sambutan ataupun mereka memilih niche yang langsung mereka tidak minat. Langkah pertama dalam pemilihan niche adalah memilih niche yang menguntungkan, kemudian memilih niche yang mereka tahu atau minat.

Senaraikan lima niche yang anda rasa menguntungkan iaitu terdapat banyak ruang untuk anda ceburi. Kemudian dari lima niche pilih dua niche yang anda rasa anda tahu dan mempunyai minat di dalamnya.

Pastikan blog dan website anda mesra dengan engin carian.

SEO adalah highway dalam perniagaan internet. Ini kerana setiap hari beratus juta manusia menggunakan engin carian untuk mencari sesuatu. Adalah penting untuk anda memastikan blog atau website anda berada dalam kedudukan yang baik pada enjin carian. Dengan ini, anda boleh mengharapkan lebih ramai pelanggan akan tertarik dengan tawaran anda.

Pastikan website anda adalah mesra pengguna.

Mudahkan pengguna untuk membaca kandungan di dalam website anda. Pastikan font yang di gunakan adalah menarik dan tepat. Pastikan juga warna di dalam website anda tidak mengganggu pengguna dari membaca isi kandungan

website anda. Wujudkan juga ruangan support untuk mereka bertanyakan soalan jika mereka mempunyai persoalan. Gunakan penjelasan yang ringkas tetapi lengkap.

Selalu update teknik pemasaran anda.

Jika dahulu, internet marketer mengutamakan sistem article marketing untuk memasarkan produk mereka, sekarang internet marketer mengutamakan pemasaran di laman sosial bagi mempromosikan produk mereka. Anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa supaya anda tidak ketinggalan dengan arus semasa.

Pelbagaikan teknik pemasaran anda. Antara teknik pemasaran yang wujud adalah

·       1.  Pemasaran artikel
·        2. SEO
·        3. Pemasaran laman sosial
·        4. Sosial boomarking.
·        5. Pemasaran laman video seperti youtube.
6. Pemasaran viral 
·        7. Pemasaran pay per click 
·        8. Pengiklanan teks dan banner
·        9. Pemasaran emel
·        10. Pemasaran mobile
·        
     Kumpul List

Jangan lupa untuk mengumpul list prospek pelanggan anda. Jalinkan hubungan persabahatan dengan bakal pelanggan anda melalui tip-tip percuma melalui newsletter. Untuk memudahkan aktiviti pemasaran anda, anda perlu bermula mengumpul senarai emel. Tiada yang lebih mudah dalam pemasaran internet selain pemasaran emel.

Pemasaran emel memberi anda kelebihan berbanding pesaing anda. Jika anda menjaga senarai emel anda, mereka akan sayang pada anda dan ia akan memberi kelebihan pada anda bila anda mempromosi produk affiliate. Ia juga boleh membantu anda untuk memenangi cabaran affiliate.






5 perkara yang anda perlu tahu sebelum menyertai satu-satu program AFFILIATE

22 comments

======================================================================


[iklan] Nikmatilah siri #UEratkanLagi – kisah kemaafan dan mengeratkan hubungan sempena HariRaya ini.

Tonton Episod Penuh disini --> "Eratkan Kasih Sayang Keluarga"
=======================================================================
Buat duit secara online menerusi pemasaran affiliate tidaklah sesukar memilih program affiliate yang sesuai dan betul . Terdapat banyak program affiliate yang berada di pasaran antaranya ia di uruskan syarikat besar seperti clickbank, commision jucntion dan linkshare dan di uruskan oleh persendirian seperti pengusaha ebook.

Bagi seorang yang mempunyai cita-cita sebagai super affiliate, anda perlu bijak memilih program affiliate untuk anda sertai dan lakukan promosi. Berikut adalah lima elemen yang anda perlu nilai sebelum anda mengambil keputusan mempromosi sesuatu produk affiliate.


Program affiliate tersebut perlu adil dalam pembayaran komisyen.

Dari produk bernilai RM 299, adakah adil anda hanya menerima RM 30 bagi setap jualan yang anda hasilkan ? Ia tidak adil kerana jumlahnya terlalu sedikit. Amatlah sukar untuk anda memujuk seseorang untuk membeli produk semahal itu dan ia mungkin mengambil masa yang lama. Jika komisyen anda terlalu sedikit, ia tidak berbaloi untuk anda perjuangkan.

Anda perlu bijak menilai dengan kemampuan yang anda ada. Kebiasaanya, newbie affiliate akan memulakan promosi dengan produk yang mempunyai harga dan komisyen yang rendah. Ini memberi kelebihan kepada mereka dari segi pasaran kerana produk murah selalunya mempunyai pasaran yang luas. Jadi mereka boleh mempraktikkan latihan menarik trafik di samping menjana pendapatan melalui affiliate.

Program affiliate tersebut mempunyai sistem tracking yang bagus.

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda di klik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda. 

Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancangan akitiviti promosi anda.

Dengan mengetahui dari sumber mana yang memberi jumlah klik yang banyak, anda boleh rancang untuk memperkemaskan kaedah promosi di situ untuk meningkatkan lagu jumlah jualan anda. Perniagaan affiliate adalah seperti langgar lari di mana anda promosi sesuatu produk melalui kaedah tertentu dan anda biarkan ia untuk anda beralih pada teknik promosi yang lain pula. 

Kekerapan dan kaedah pembayaran.

Perkara ketiga yang anda perlu periksa adalah kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Jika kekerapan pembayaran adalah setiap bulan, anda boleh bersedia dengan modal secukupnya bagi bulan pertama kerana  hasilnya anda hanya akan dapat pada bulan hadapan. Jika kaedah pembayaran adalah melalui cek dan ia pula adalah cek dari luar negara, ia mungkin ambil masa sebulan dua untuk anda memperoleh keuntungan bersih.

Dengan maklumat ini, anda boleh jangkakan apa yang bakal terjadi. Jika anda terdesak mahukan wang, mungkin anda boleh menyertai program affiliate yang menawarkan pembayaran segera pada akaun anda bagi setiap jualan yang anda lakukan. 

Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai masa depan yang cemerlang?

Bagi mereka yang mengumpul list untuk melakukan pemasaran affiliate, anda perlu utamakan elemen ini. Ini kerana, anda tidak mahu bazirkan  list anda dengan hanya mempromosi satu produk affiliate sahaja. Pemasaran melalui emel adalah pemasaran yang paling jimat kerana kos hanyalah pada permulaan sahaja dan untung boleh di tuai setiap kali anda melakukan pemasaran.

Adakah anda tahu mengenai produk tersebut?

Elemen terakhir yang perlu anda periksa adalah pengetahuan anda mengenai produk yang bakal anda promosikan itu. Anda perlu tahu apa yang anda bakal promosikan supaya anda boleh rancang untuk

  1. Promosi pada golongan mana
  2. Berapa modal yang di perlukan
  3. Kaedah promosi yang paling berkesan
  4. Bagaimana hendak menulis copywritng yang menarik
  5. Keyword yang ada permintaan dan
  6. Sebagainya. 

     Pada setiap produk atau program affiliate yang anda ingin sertai, anda boleh jadikan lima elemen di atas sebagai panduan bagi anda. Tidak mengapa jika kita melakukan promosi yang salah atau tidak berkesan dari kita salah promosi produk.









Strategi Buat Duit Raya Reloaded!

0 comments

 
 
Selalunya semasa tibanya Bulan Ramadhan di Malaysia di mana semua umat Islam berpuasa, akan menjadi agak sukar untuk menjana keuntungan yang baik sebagai seorang usahawan internet.
 
Barang-barang atau produk-produk yang laris pada bulan-bulan lain, akan mendapat permintaan dan pembelian yang kurang apabila tibanya bulan Ramadhan.
 
Ini adalah kerana sebilangan besar daripada pembeli di pasaran Malaysia beragama Islam dan mereka lebih menumpukan masa dan fikiran mereka di dalam menjalani ibadah Puasa dan juga melakukan ibadah-ibadah lain pada masa tersebut. Mereka tidak akan terfikir untuk membeli barangan atau produk-produk yang mungkin mereka akan berminat untuk membeli pada bulan-bulan lain.
 
Jadi adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi cabaran kekurangan keuntungan pada waktu tersebut?
 
Adakah anda telah menyusun strategi lain untuk menjana wang daripada keadaan tersebut?
 
Jika belum, di dalam artikel pada kali ini saya ingin berkongsi strategi mudah yang boleh membantu anda untuk menjana wang semasa Bulan Ramadhan ini.
 
Walaupun barangan dan produk-produk biasa tidak akan laku pada masa tersebut, masih terdapat barangan dan produk-produk yang PASTI akan mendapat permintaan iaitu yang berkaitan dengan perayaan Hari Raya yang akan tiba selepas Bulan Ramadhan nanti!
 
Di samping umat Islam semua menjalani ibadah puasa, sudah pasti mereka juga akan mula bersedia untuk menyambut tibanya Hari Raya Aidilfitri. Ini merupakan peluang terbaik anda untuk menjana keuntungan pada bulan yang berkat ini.

 
Berikut saya senaraikan beberapa idea barangan yang boleh anda jual secara online semasa tibanya Bulan Ramadhan nanti:
 
1. Kuih Raya
 
Ini merupakan di antara barangan yang paling laris terjual semasa bulan puasa. Sebilangan besar kaum wanita akan mula mencari-cari bekalan kuih raya untuk dibeli sebagai persiapan untuk menjamu tetamu semasa Hari Raya nanti. Oleh itu, anda boleh mengambil peluang mudah daripada permintaan pasaran pada masa itu.
 
2. Baju Raya
 
Ini juga merupakan salah satu barang yang laris semasa Bulan Ramadhan nanti. Sudah pasti semua orang tidak mengira tua atau muda, lelaki atau wanita akan mula mencari baju raya yang akan mereka pakai apabila tibanya Hari Raya nanti. Baju raya yang saya maksudkan ini tidak semestinya baju melayu atau baju kurung sahaja. Sebarang pakaian seperti T-Shirt, kemeja atau baju lain juga akan mendapat permintaan sekiranya ia mempunyai rekaan yang menarik dan sesuai untuk pergi "beraya".
 
3. Kad Raya
 
Di sini terdapat dua peluang yang boleh anda perolehi iaitu menjual kad raya dalam bentuk fizikal atau menjual kad raya dalam bentuk elektronik. Kad raya fizikal merupakan kad raya biasa yang boleh kita poskan kepada orang lain. Walaupun pada zaman sekarang teknologi sudah canggih, masih terdapat ramai lagi orang yang masih suka menghantar kad raya dalam bentuk fizikal. Mereka menganggap menghantar kad raya dalam bentuk fizikal mempunyai lebih personal touchberbanding menghantarnya secara elektronik. Namun demikian, terdapat golongan yang lebih technology savvy, mereka lebih suka menghantar kad raya dalam versi elektronik. Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang grafik, anda boleh menghasilkan kad raya elektronik khas yang boleh anda jual kepada orang lain. Dengan cara ini, reputasi anda akan meningkat kerana anda menghasilkan kad raya elektronik yang lebih menarik berbanding kad raya fizikal biasa.
 
4. Sampul Duit Raya
 
Apabila tibanya Hari Raya, perkara yang wajib disediakan adalah sampul duit raya. Apabila kanak-kanak tiba di rumah anda untuk beraya, maka sebagai tuan rumah kita perlu menghulurkan duit raya. Oleh itu, ia merupakan satu barang yang menarik dan pasti laris dijual pada Bulan Ramadhan ini. Kita selalu melihat syarikat-syarikat besar menggeluarkan sampul-sampul duit raya mereka yang selalunya nampak biasa saja. Apa kata jika anda menghasilkan sampul duit raya yang lain dari yang lain dengan rekaan yang lebih menarik dan hebat? Sudah pasti ramai orang ingin mendapatkan sampul duit raya yang anda jual. Jika anda mampu memberikan kebebasan kepada si pembeli untuk memilih rekaan atau susunan di atas sampul duit raya mereka sendiri, maka ia akan meningkatkan permintaan terhadap sampul duit raya anda itu.
 
5. Aksesori Baju Raya
 
Apabila seseorang sudah memiliki sepasang baju raya, maka selepas itu sudah pasti mereka akan berusaha mencari aksesori untuk baju raya mereka itu. Untuk lelaki, mereka pasti akan mencari songkok, kain samping dan juga butang baju melayu. Untuk wanita, mereka pasti akan mencari tudung, kerongsang dan juga sandal yang berpadanan dengan baju kurung yang telah mereka beli. Oleh itu, sebarang aksesori yang boleh dikaitkan dengan baju raya yang telah dibeli boleh menjadi barangan yang laris untuk dijual semasa bulan Ramadhan ini.
 
6. Gift Basket
 
Selalunya syarikat-syarikat korporat dan swasta yang mempunyai ramai pelanggan atau client yang terdiri daripada syarikat korporat atau swasta yang lain, akan pasti ingin menghantar bungkusan hadiah atau gift basket kepada pelanggan mereka. Pengisian gift basket ini boleh terdiri daripada pelbagai barangan. Ada yang menghantar kurma, ada yang menghantar kuih raya dan ada juga yang menghantar hamper yang besar. Biasanya syarikat-syarikat ini tidak akan membuat sendiri gift basket tersebut dan mereka akan lebih senang untuk outsource atau memberikan kerja tersebut kepada orang lain. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan gift basket, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda ini kepada orang lain atau kepada syarikat-syarikat tersebut. Jika anda mampu memancing pelanggan daripada syarikat-syarikat korporat dan swasta, maka anda berpeluang untuk menjana keuntungan yang baik kerana mereka pasti akan memerlukan gift basket dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini secara lengkap iaitu daripada aspek pencarian barang untuk diberikan, pembungkusan untuk menjadikan gift basketsehinggakan kepada penghantaran barang tersebut kepada pelanggan. Strategi ini akan dapat menarik perhatian pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan anda.


 
Akhir kata daripada saya, jangan jadikan Bulan Ramadhan alasan kepada anda untuk tidak menjana sebarang keuntungan semasa bulan tersebut. Walaupun barangan dan produk-produk yang anda biasa jual pada bulan-bulan lain laris tetapi tidak pada Bulan Ramadhan, ini tidak bermaksud yang tiada langsung barangan yang boleh anda jual semasa waktu tersebut.
 
Apa yang penting adalah anda terus berusaha dan berfikir secara kreatif untuk mencari peluang-peluang keuntungan yang wujud pada masa itu.
 
Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. :)

 

perkongsian: www.RahsiaRajaLelong.com  

Kepentingan Rundingan Dalam Perniagaan

0 comments


Sebagai seorang usahawan internet, lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang penjual barangan berbentuk fizikal, selalunya anda akan menjadi orang tengah di antara pembekal barangan dengan pembeli barangan. Ini dilakukan dengan cara mendapatkan bekalan barangan daripada si pembekal dan anda menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi kepada orang lain sama ada melalui portal eBay, Lelong, Facebook atau di laman web anda sendiri.

Sesetengah usahawan internet biasanya akan berpuas hati dan akur sahaja terhadap harga yang ditetapkan oleh pembekal barangan kepadanya. Namun demikian, tahukah anda bahawa sekiranya andamengambil inisiatif untuk merunding harga bekalan tersebut, anda berkemungkinan mendapatkan harga yang lebih baik berserta dengan terma yang lebih memihak kepada anda? Anda cuma perlukan beberapa skil rundingan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik dalam perniagaan internet anda.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan melakukan rundingan dan juga beberapa tips ringkas berkenaan cara untuk memupuk skil rundingan dalam perniagaan internet anda.

Kelebihan Memiliki Skil Rundingan
 
Dengan memiliki skil rundingan yang tepat, anda sebagai pembeli boleh:
1.   Mendapatkan harga belian terbaik daripada pembekal
2. Mendapatkan kuantiti dan kualiti barang yang anda inginkan pada harga terbaik.
3. Mendapatkan perkhidmatan selepas jualan terbaik daripada pembekal.

8 Tip Rundingan
 
Berikut saya senaraikan beberapa tip ringkas bagaimana untuk mengasah skil rundingan di dalam perniagaan internet anda:
1. Jangan rasa bersalah
 
Pertama sekali, anda tidak boleh merasa bersalah sekiranya meminta harga diskaun dan ingin berunding dengan pembekal. Lazimnya, harga yang diletakkan oleh pembekal adalah melebihi daripada kos mereka untuk membuat atau mendapatkan barangan jualan. Sekiranya kena caranya, pembekal akan dengan senang hati memberikan diskaun kepada anda kerana anda sudi berurusniaga dengan mereka dan berunding dengan cara berhemah dengan mereka.
2. Lakukan kajian
 
Sebelum memasuki arena rundingan, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan maklumat lengkap mengenai barangan dan situasi yang berkaitan, seperti butiran model, harga, spesifikasi dan sebagainya untuk barang yang anda inginkan daripada pembekal. Anda tentu tidak mahu berunding untuk sesuatu yang sebenarnya anda sendiri tidak arif akan butirannya. Oleh itu, persiapan dengan memiliki maklumat yang menyeluruh akan dapat membantu anda semasa melakukan rundingan tersebut.
3. Bandingkan dengan tawaran pembekal
 
Setelah membuat kajian dan anda kini mempunyai maklumat berkaitan, anda bolehlah membandingkan harga yang ditawarkan oleh pembekal anda sama ada sesuai atau tidak. Anda mesti yakin bahawa harga yang ditawarkan oleh pembekal adalah sangat tinggi dan anda layak untuk berunding bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Sekiranya terdapat pembekal lain yang boleh menawarkan harga yang lebih murah daripada apa yang anda terima daripada pembekal anda sekarang, sepatutnya tiada masalah untuk anda menghubungi pembekal lain tersebut untuk mendapatkan sebut-harga barangan daripada mereka.
4. Terma menyebelahi pembekal
 
Selalunya terma atau syarat di dalam pernjanjian atau kontrak anda dengan pembekal adalah berat sebelah. Ini bermaksud yang syarat dan terma tersebut adalah lebih berpihak kepada si pembekal. Oleh itu, anda mempunyai hak untuk berunding terma dan syarat kontrak supaya sama adil antara anda sebagai pembeli dan pembekal sebagai penjual.
5. Jangan terpengaruh dengan terma saintifik
 
Tip seterusnya yang anda perlu ingat ialah untuk tidak terpengaruh dengan sebarang terma saintifik yang digunakan oleh pembekal. Ini adalah kerana mereka mungkin cuba untuk mengalih perhatian anda dengan membuatkan anda kagum dengan kelebihan barangan mereka, dan barangan itu memang patut diletakkan harga yang mahal. Sebaliknya, anda telahpun membuat kajian ringkas mengenai barangan itu tadi, dan anda sendiri sebenarnya sedia maklum akan spesifikasi barangan tersebut dan harga yang berpatutan untuknya.
6. Capai "win-win situation"
 
Sebaik-baiknya di dalam rundingan, anda mengutamakan win-win situation atau situasi sama menang di mana anda dan si pembekal mendapat kelebihan di dalam syarat dan terma masing-masing. Anda harus ingat bahawa hubungan anda dengan pembekal adalah bersifat jangkamasa panjang dan hubungan baik yang anda bina ini akan memudahkan urusniaga anda yang lain pada masa hadapan. Oleh itu, jangan hanya ingin menangkan diri anda saja di atas meja rundingan tetapi cuba juga untuk membantu pembekal mendapat terma dan syarat yang baik daripada anda sebagai seorang usahawan internet.
7. Capai kata sepakat
 
Anda perlu memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai hasil daripada rundingan tersebut disepakati ketika itu juga dan juga dimasukkan di dalam minit perbincangan. Anda tidak seharusnya membiarkan keputusan itu tertakluk kepada perkara-perkara lain seperti penulisan perjanjian, kelulusan pengarah, nasihat peguam, inspeksi lokasi dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada si pembekal bertukar fikiran setelah berunding dengan anda. Sebaik-baiknya, si pembekal perlu membawa individu-individu yang boleh membuat keputusan untuk syarikatnya di dalam rundingan bersama anda.
8. Tulis semua perjanjian
 
Tip yang paling penting adalah anda mesti memastikan sebarang perjanjian yang dicapai dalam rundingan anda adalah dalam bentuk hitam putih dan ditandatangani oleh anda dan pembekal. Anda tidak seharusnya membiarkan perjanjian tersebut berakhir di mulut sahaja, kerana di lain hari, pembekal mungkin lupa akan perjanjian yang disepakati hasil rundingan anda. Ia juga untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari sekiranya terdapat keadaan yang memerlukan kes anda dibawa ke mahkamah. Pihak hakim akan memerlukan bukti tertulis daripada anda untuk diterima di mahkamah.

 

Itulah sedikit perkongsian saya pada kali ini mengenai kepentingan dan tip rundingan di dalam perniagaan anda sebagai usahawan internet.
 
Kebolehan dan  keupayaan melakukan rundingan akan mengambil masa untuk dipupuk dan dikuasai. Oleh itu, mulalah berusaha dari sekarang agar anda boleh menjadi seorang usahawan internet yang hebat di dalam rundingan di masa hadapan.
 
Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. :)

 

Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan

0 comments




Dalam perniagaan anda samada online atau offline sememangnya kita kena akui persaingan daripada usahawan lain juga terdapat dalam perniagaan. Persaingan ini memang sentiasa berlaku dalam perniagaan kita tak kira kita mahu atau tidak kita tetap kena hadapi perkara ini juga. 

Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk anda mengatasi persaingan dalam perniagaan dengan mudah dan terus menarik ramai pelanggan untuk membeli produk daripada anda. Anda sudah bersedia? jom saya tunjukkan :)

  1. Wujudkan kekuasaan anda di pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa jangkaan. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi visible di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh. Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.

  1. Kenakan harga pada produk anda dengan wajar. Itu tidak bermaksud anda terpaksa sepit produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.

  1. Sentiasa terus berevolusi. Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.

  1. Uruskan  sokongan anda sebaik-baiknya. Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.

  1. Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.

So, saya harap lepas ni anda praktikkan tips yang telah saya kongsikan kepada anda ya. :)







      Perniagaan Produk Digital Vs Produk Fizikal

      0 comments


      Perniagaan konvensional  memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan inventori. 
      Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji dan faedah. 

      Anda perlu membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada bahan-bahan mentah yang bukannya murah. Anda juga perlu menguruskan penghantaran dan pembungkusan.
      Perniagaan produk info sebenarnya ada lebih banyak faedah berbanding menjual produk fizikal:


      1. Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru.

      2. Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti produk fizikal.

      3. Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok, membungkus barang, atau menghantar apa-apa.

      4. Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah, jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal.

      5. Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan anda memerlukan sokongan tambahan.

      6.Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.

      Ini hanyalah sedikit daripada  faedah-faedah menjual produk digital berbanding produk fizikal, dan ada terdapat banyak lagi sebenarnya!

      Dalam laporan ini, anda akan pelajari bagaimana memulakan bisnes produk info anda sendiri. Kita akan tumpukan pada pemasaran online, kerana perbelanjaan adalah lebih rendah daripada cuba memasarkan produk anda secara offline. Pada hakikatnya, kaedah pemasaran online adalah percuma!