Dalam perniagaan anda samada online atau offline sememangnya kita kena akui persaingan daripada usahawan lain juga terdapat dalam perniagaan. Persaingan ini memang sentiasa berlaku dalam perniagaan kita tak kira kita mahu atau tidak kita tetap kena hadapi perkara ini juga.
Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk anda mengatasi persaingan dalam perniagaan dengan mudah dan terus menarik ramai pelanggan untuk membeli produk daripada anda. Anda sudah bersedia? jom saya tunjukkan :)
- Wujudkan
kekuasaan anda di pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah
pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam
apa-apa jangkaan. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi
visible di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan
berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh.
Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan
dominasi anda dalam bidang anda.
- Kenakan
harga pada produk anda dengan wajar. Itu tidak bermaksud anda terpaksa
sepit produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud
bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang
mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia
harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh
produk lain.
- Sentiasa
terus berevolusi. Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan
produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina
pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama
dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru
untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.
- Uruskan sokongan anda sebaik-baiknya. Sentiasa
cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan
wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam
tempoh 24 jam atau kurang.
- Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.
So, saya harap lepas ni anda praktikkan tips yang telah saya kongsikan kepada anda ya. :)
0 comments:
Post a Comment