Perniagaan konvensional
memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan
berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan
inventori.
Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji dan faedah.
Anda perlu
membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada
bahan-bahan mentah yang bukannya murah. Anda juga perlu menguruskan
penghantaran dan pembungkusan.
Perniagaan produk info sebenarnya ada lebih banyak faedah
berbanding menjual produk fizikal:
1. Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital
berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru.
2. Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti
produk fizikal.
3. Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok,
membungkus barang, atau menghantar apa-apa.
4. Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah,
jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal.
5. Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan
anda memerlukan sokongan tambahan.
6.Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda
boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.
Ini hanyalah sedikit daripada faedah-faedah menjual produk digital
berbanding produk fizikal, dan ada terdapat banyak lagi sebenarnya!
Dalam laporan ini, anda akan pelajari bagaimana memulakan
bisnes produk info anda sendiri. Kita akan tumpukan pada pemasaran online,
kerana perbelanjaan adalah lebih rendah daripada cuba memasarkan produk anda
secara offline. Pada hakikatnya, kaedah pemasaran online adalah percuma!
0 comments:
Post a Comment